Assalammualaikum
semua pembaca.
Hari
ini kita akan berbicara tentang terma kontrak. Terma di dalam kontrak terbahagi
kepada dua iaitu terma yang dibuat adalah nyata manakala terdapat juga terma
yang dibuat secara tersirat.
Apakah
yang dimaksudkan dengan terma nyata? Secara lazimnya terma yang nyata adalah
terma yang dipersetujui secara spesifik oleh pihak yang berkontrak dan
kebiasaanya dibuat secara bertulis.
Terma-terma
tersebut telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak berdasarkan niat
mereka memasuki kontrak.
Bagaimana
pula dengan terma secara tersirat? Terma secara tersirat atau “implied” adalah
terma yang tidak dipersetujui secara spesifik oleh kedua-dua pihak berkontrak
tetapi ianya tersirat sebagai kontrak dan ianya perlu juga dimasukkan untuk
memenuhi tujuan berkontrak.
Bagaimana
cara untuk kita menterjemahkan terma-terma tersirat ini? Adakah boleh mengikut
kefahaman dan pendapat kita sahaja?
Kita
tidak boleh menterjemahkan terma tersirat tersebut mengikut kefahaman dan pendapat
kita. Sebaliknya terdapat tiga cara yang menjadi medium untuk menterjemahkan
terma tersirat tersebut.
Tiga
cara tersebut adalah diterjemahkan mengikut adat dan kegunaan. Terma tersirat
tersebut boleh diterjemahkan mengikut adat dan kegunaan dimana kontark itu
dibuat. Sebagai contoh sekiranya ianya dibuat di Malaysia, terma yang tersirat
tersebut boleh diterjemahkan mengikut adat di Malaysia. Seterusnya cara kedua
untuk menterjemahkan maksud terma tersirat adalah mengikut undang-undang .
Undang-undang tersebut hendaklah undang-undang yang terpakai di dalam negara di
mana kontrak tersebut dibuat. Akhir sekali terma tersirat boleh diterjemahkan
oleh Mahkamah. Mahkamah boleh menterjemahkan terma-terma tersirat apabila
kedua-dua pihak membawa pertikaian tersebut melalui proses perundangan.
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
15.04.2020
No comments:
Post a Comment