CIPAA membantu pemain industri binaan untuk mendapatkan bayaran bagi kerja yang telah dilaksanakan secara tetap dan tepat pada masanya.
Friday, April 19, 2024
Wednesday, April 17, 2024
Monday, April 15, 2024
Thursday, May 14, 2020
TIME AT LARGE
Assalamualaikum
semua pembaca,
Entri
kali ini saya akan menerangkan berkenaan “time at large” iaitu salah satu
istilah yang selalu digunakan dalam proses adjudikasi.
Kebanyakan
borang kontrak seragam menyediakan klausa “lanjutan masa” untuk membolehkan
tempoh kontrak dilanjutkan jika sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh
tindakan majikan.
Sekiranya
tiada mekanisma di bawah kontrak yang membolehkan satu tarikh baru untuk
penyiapan kerja ditetapkan akibat dari kelewatan yang disebabkan oleh majikan
maka masa penyiapan menjadi “at large”.
Sekiranya
tiada terma lanjutan masa majikan tidak boleh sesuka hati melanjutkan masa
penyiapan untuk kepentingannya.
Jika
sekiranya “time at large” maka tuntutan ganti rugi (LAD) tidak boleh di ambil
kerana tidak ada tarikh yang ditetapkan dari mana gantirugi (LAD) itu akan mula
dikira.
Kesan
dari “ time at large” maka masa penyiapan projek akan dikira berdasarkan masa
yang munasabah.
Masa
menjadi “ at large” juga bila pegawai penguasa gagal melaksanakan tugasnya
untuk menimbangkan lanjutan masa yang dituntut oleh kontraktor sebelum atau
semasa berakhirnya tempoh kontrak.
Sekiranya
tiada lanjutan masa yang diberikan maka kontraktor berkemungkinan akan
mempercepatkan kerja dan menuntut “acceleration cost” bagi mengelakkan
gantirugi tak siap (LAD).
Sekiranya
kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh yang munasabah maka majikan masih
berhak membuat tuntutan “ ganti rugi umum” bukan gantirugi tidak siap (LAD).
Oleh,
Zaiyanazareth
Binti Zaini
Peguamcara
& Peguambela
Tetuan
Zaiyanazareth & Associates
Shah
Alam, Selangor
30.04.2020
Saturday, May 9, 2020
22. PROSEDUR 12 – KEPUTUSAN ADJUDIKATOR
Assalamualaikum,
Entri
hari ini adalah berkenaan dengan Keputusan Adjudikator. Setelah kedua-dua pihak
selesai menyerahkan kesemua dokumen adjudikasi dan mengemukakan kesemua bukti
bukti yang boleh menyokong mereka di dalam tuntutan yang dibuat, pasti tempoh
45 hari menunggu untuk mendapatkan keputusan
daripada adjudikator adalah saat-saat yang sangat ditunggu. Pasti
berdebar-debar samada tuntutan yang dibuat berpihak kepada kita atau
sebaliknya.
Menurut seksyen 12 (2) akta CIPA, dalam tempoh
45 hari bekerja, Adjudikator mestilah memberikan keputusan terhadap pertikaian
yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Keputusan yang dikeluarkan mestilah
secara bertulis dan mesti menyatakan sebab-sebab keputusan dibuat: -
1.
Amaun teradjudikasi kepada pihak
yang menang
2.
Menentukan masa dan cara amaun
teradjudikasi mesti dibayar
3.
Kadar faedah ke atas kos
teradjudikasi
4.
Fi adjudikasi dan kos prosiding ke
atas yang kalah
Adjudikator
bertanggungjawab memberikan alasan yang dapat menjelaskan bahawa beliau telah
membuat keputusan ke atas kesemua isu-isu penting yang mesti diputuskan yang
telah dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dengan betul dan tepat. Ini adalah
penting agar kedua-dua pihak dapat memahami di dalam konteks prosedur
adjudikasi, apakah yang adjudikator telah putuskan dan mengapa ia membuat
keputusan sebegitu.
Selain
daripada syarat bahawa keputusan mesti dibuat secara bertulis, seksyen 12(5)
akta CIPA juga memerlukan adjudikator untuk menentukan amaun yang teradjudikasi,
dan masa dan cara jumlah yang perlu dibayar kepada pihak yang menang. Jumlah
yang teradjudikasi merujuk kepada jumpah pembayaran yang harus dibayar oleh
pihak yang kalah kepada pihak yang menang setelah mengambil kira kerugian atau
tuntutan balas yang memihak kepada pihak yang tidak membayar (jika ada).
Sekian
dahulu buat kali ini. Diharap anda semua dapat memahami entri saya pada hari
ini dan entri yang sebelum ini. Saya amat berharap anda dapat mempunyai sedikit
idea untuk memahami prosedur CIPAA. Wassalam.
Nota: Adjudikator menjadi ‘Functus
Officio’ selepas memberikan keputusan adjudikasi. Beliau hanya boleh
membetulkan kesilapan “typo” di dalam keputusan beliau sekiranya diperlukan
Noridah Omar
Shah Alam.
21. PROSEDUR 11 – PERLAKSANAAN PROSEDUR ADJUDIKASI
Assalamualaikum,
Topik yang akan
saya terangkan pada hari ini ialah berkenaan perlaksanaan prosedur adjudikasi. Prosedur
adjudikasi mestilah dijalankan dengan melaksanakan prinsip keadilan asasi dan
mempertimbangkan tuntutan dari kedua-dua pihak. Keputusan Adjudikator mestilah
berdasarkan kepada komponen-komponen yang berikut:-
1.
Akta CIPAA 2012
2.
Kontrak pembinaan
3.
Tuntutan Bayaran
4.
Respon Bayaran (Jika ada)
5.
Tuntutan Adjudikasi
6.
Respon Adjudikasi (jika ada)
7.
Keputusan lawatan tapak (jika ada)
8.
Pandangan pakar (jika ada)
9.
Lain-lain dokumen sokongan yang
berkaitan dengan isu yang dipertikaikan sahaja
Menurut seksyen
12(1) akta CIPA, adjudikator boleh melaksanakan prosedur adjudikasi dengan cara
yang difikirkan sesuai olehnya di bawah bidang kuasa yang telah diperuntukan
kepadanya tertakluk kepada seksyen 25 akta CIPAA. Di bawah seksyen 15 akta CIPA, adjudikator
diberikan beberapa mandat untuk melaksanakan prosedur adjudikasi. Beliau
mestilah memastikan bahawa keputusan yang diberikan tidak dicemari dengan
penipuan atau rasuah selain menerapkan prinsip keadilan asasi. Adjudikator juga
boleh bertindak secara bebas dan mestilah tidak berat sebelah serta tidak
bertindak melebihi bidang kuasa yang telah diperuntukan kepadanya.
Dengan kuasa yang
diberikan di bawah seksyen 25 akta CIPAA, Adjudikator boleh memanggil satu
perbincangan dengan kedua-dua pihak dan menetapkan berapa banyak dokumen yang
diperlukan jika difikirkan perlu. Adjudikator juga boleh melantik pakar bebas,
memanggil kedua-dua pihak untuk mesyuarat dan perbicaraan, menjalankan
pemeriksaan tapak kerja dan mengeluarkan apa-apa arahan yang perlu di dalam
proses adjudikasi.
Sekian dahulu untuk
entri kali ini. Semoga kita bertemu lagi di dalam entri akan datang. Wassalam.
Nota: Akta keterangan (1950) tidak
terpakai bagi prosiding adjudikasi di bawah akta in. (sebab nak cepat buat
keputusan, dan tak nak terikat dengan kerenah saksi)
Noridah Omar
Shah Alam
Wednesday, April 29, 2020
20. PROSEDUR 10 – JAWAPAN ADJUDIKASI
Assalamualaikum,
Entri
kali ini, saya akan menerangkan berkenaan Jawapan Adjudikasi sepertimana yang
telah ditetapkan di bawah seksyen 11 akta CIPA. Balasan Adjudikasi merupakan
peluang yang diberikan kepada Penuntut untuk menjawab segala hujah dan
pembelaan yan dikemukakan oleh Responden di dalam Respon Bayaran. Seperti di
dalam Respon Adjudikasi, sebarang tuntutan baru tidak boleh dibangkitkan pada
peringkat ini oleh penuntut.
Seksyen
11 akta CIPA ini, membenarkan pihak yang menuntut untuk memfailkan Jawapan
Adjudikasi kepada Responden dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima Respon
Adjudikasi daripada Responden . Penyampaian Jawapan Adjudikasi boleh dilakukan
dengan cara yang telah ditentukan di bawah seksyen 38(a) hingga 38(d) akta
CIPAA. Sesalinan Respon Adjudikasi mestilah diberikan kepada adjudikator.
Syarat-syarat untuk memfailkan jawapan adjudikasi adalah seperti berikut: -
Ø Secara bertulis dan di atas perkara yang dibangkitkan di dalam Respons Adjudikasi
sahaja
i.
Jawapan kepada Respons
ii.
Dokumen sokongan
Nota: Jika sekiranya penuntut memberi
jawapan maka tarikh bermula proses adjudikasi adalah selepas tarikh penerimaan
jawapan. Jika beliau tidak mahu memberikan jawapan maka proses adjudikasi
bermula dari tarikh penerimaan respon bayaran. Adjudikator mesti membuat
keputusan dalam 45 hari bekerja.
Sekian dulu untuk entri kali ini. Semoga kita
diizinkan untuk bertemu pada entri akan datang. Wassalam.
Noridah Omar
Shah Alam.
Subscribe to:
Comments (Atom)


