Tuesday, March 31, 2020

PERBEZAAN CIPAA & TIMBANGTARA & MAHKAMAH


CIPAA, Timbangtara dan Litigasi Mahkamah adalah jenis jenis ‘penyelesaian pertikaian’ yang diiktiraf dari segi undang undang. Namun begitu dari segi proses dan prosedur nya agak berbeza. Proses dan prosedur adjudikasi dibawah CIPAA telah dimandatkan oleh undang undang. Masa adalah menjadi intipati (time is the essence) dibawah CIPAA berbanding timbangtara dan mahkamah. Setiap proses dibawah CIPAA, masanya telah ditetapkan oleh akta. Kegagalan mematuhi prosedur dan had masa yang ditetapkan boleh menjejaskan peluang pihak pihak yang bertikai.

Selain itu pertikaian dibawah kontrak bertulis kini boleh dibawa segera ke pengadilan CIPAA oleh pihak kontraktor  tanpa menunggu projek tamat atau kontrak ditamatkan sepertimana. Ini berbeza dengan  proses timbangtara atau mahkamah dimana pihak yang bertikai hanya boleh membawa pertikaian itu selepas projek disiapkan atau selepas kontrak ditamatkan.

Proses adjudikasi akan terus dimulakan bilamana pihak kontraktor merasa terkilan dan  mengambil tindakan memulakannya sesudah berlaku pertikaian. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat dimana adjudikator mempunyai masa maksimum 45 hari bekerja untuk mengeluarkan keputusan bertulis. Dijangkakan untuk kes yang lebih mudah keputusan akan dikeluarkan lebih awal bergantung kepada budibicara adjudikator.

Pihak yang menang mempunyai beberapa remedi untuk dilaksanakan terhadap kerajaan. Antaranya ialah beliau boleh memperlahan dan memberhentikan kerja sehingga bayaran yang dipertikaikan itu diterima. Beliau juga boleh menuntut bayaran terus dari principal. Berbekalkan keputusan adjudikasi pemenang juga boleh mendapatkan perintah mahkamah keatas pihak yang kalah. 

Pihak yang kalah pula dikehendaki menanggung keseluruhan kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh pihak kontraktor dan faedah untuk bayaran tertunggak.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)


CIPAA DAN BORANG KONTRAK


Jabatan Kerajaan yang sedang menggunakan borang kontrak seragam PWD 203 pind 1 (2010) perlu memahami bahawa terdapat terma terma didalam kontrak tersebut yang tidak bersesuaian dengan CIPAA. Sekiranya tidak dipinda maka jabatan dan pegawai yang menjaga projek akan terdedah kepada tuntutan saman dibawah CIPAA. Justru itu ia perlu di pinda dengan seberapa segera.

Pegawai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan dokumen kontrak yang terdiri daripada Jurukur Bahan dan Jurutera wajib menghadiri seminar yang berkaitan dengan akta ini. Klausa 28 dan 31 terutamanya memerlukan pindaan.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & LANJUTAN MASA


Didalam hal yang berkaitan dengan lanjutan masa (EOT) sekiranya kerja telah terlambat dan kontraktor memohon lanjutan masa dan pegawai penguasa pula tidak melayan permohonan EOT tersebut mengikut lunas lunas keadilan maka kontraktor juga boleh mengambil tindakan adjudikasi terhadap kerajaan bilamana kerajaan mula membuat tuntutan gantirugi kerja tidak siap (LAD). Mengambil kira akta ini Pegawai Penguasa perlu membuat pertimbangan yang sistematik untuk menilai setiap permohonan lanjutan masa dari kontraktor. 

Keputusan yang bersifat “impressionistic” boleh dibawa kepengadilan adjudikasi sekiranya kontraktor tidak berpuas hati. Di sana pengadilan adjudikasi berkemungkinan akan meminta Pegawai penguasa membuktikan keputusan beliau mengikut kaedah penilaian yang sistematik dan munasabah mengikut lunas lunas kontrak dan piawaian industri. Sekiranya gagal maka kerajaan mungkin kalah dan menanggung kos tambahan yang juga tiada didalam bajet asal yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos yang dibenarkan untuk dituntut dibawah akta ini.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & VARIATION ORDER


Proses membuat bayaran untuk kerja kerja perubahan (Variation Order) mengikut akta ini mesti dibayar secara progresif mengikut sijil bayaran interim. Penilaian kerja mesti dibuat dengan adil dan bayaran mesti dibuat secara penuh mengikut peringkat kerja yang telah dilaksanakan. Majikan tidak boleh lagi membayar 50 % atau 75% dari nilai kerja arahan perubahan tersebut sementara menunggu proses kelulusan dari pegawai atasan sepertimana yang lazim diamalkan sebelum akta ini berkuatkuasa.  

Justru itu kelulusan arahan perubahan dan kadar harganya mestilah dipersetujui terlebih dahulu sekiranya jenis kerja arahan perubahan itu tiada didalam jadual kadar harga atau didalam kontrak sebelum kerja arahan perubahan itu dikeluarkan. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan kerajaan terdedah kepada saman dibawah akta ini. Justru itu ia amat memerlukan jabatan dan agensi kerajaan menukar sedikit birokrasi jabatan yang sedia ada pada ketika ini. Proses kelulusan arahan perubahan dan kadar harga mesti dilakukan dengan cepat sebelum arahan perubahan dikeluarkan kepada kontraktor. 

Dijangkakan ini amat sukar untuk dilakukan dan kemungkinan kerajaan dibawa ke pengadilan adjudikasi bersebab dari perkara ini adalah besar. Sekiranya kerajaan kalah disebabkan oleh masalah birokrasi ini maka kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos lagi yang dibenakan oleh akta ini.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

CIPAA & PENILAIAN BAYARAN INTERIM


Kontraktor juga boleh menyaman kerajaan jika sekiranya pegawai pegawai yang menjaga projek cuai didalam menjalankan tugas mereka seperti gagal membuat penilaian yang tepat untuk bayaran interim. 

Jika sekiranya kontrakto rmerasakan dibuli oleh pegawai dan mempunyai bukti bahawa pegawai telah “under value” bayaran yang sepatutnya diterima oleh mereka maka akta ini membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan terus kepada pihak kerajaan dan kerajaan perlu bertanggungjawab di atas kesilapan pegawai pegawainya termasuk menyediakan bajet untuk menampung kos prosiding adjudkasi dan lain lain kos yang dibenarkan oleh akta ini.
  
Selain dari itu jika kerajaan gagal membuat penilaian terhadap kerja kerja arahan perubahan dalam tempoh bayaran interim sedangkan kerja itu telah dilaksanakan oleh kontraktor maka kontraktor juga boleh membawa perkara tersebut kepengadilan adjudikasi. Perlu difahami setiap kali pertikaian dibawa ke adjudikasi kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi dan faedah terpaksa dibayar oleh pihak yang kalah.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERATULIAH)

PENGECUALIAN PROJEK KERAJAAN


Memang terdapat beberapa pengecualian dibawah akta ini untuk beberapa kategori tertentu projek projek kerajaan tetapi ianya tertakluk kepada kategori kerja kerja yang bersifat segera dan tanpa berlengah disebabkan oleh bencana alam, banjir, tanah runtuh, pemendapan tanah kebakaran dan hal keadaan kecemasan dan luar jangka yang lain. Pengecualian juga untuk projek yang berkaitan dengan keselamatan Negara atau kemudahan berkaitan keselamatan termasuk pembinaan kemudahan tentera dan polis, pengkalan dan kem tentera, penjara dan kem tahanan, loji kuasa dan loji pembersihan air.

Terdapat juga beberapa pengecualian lain terhadap projek kerajaan dibawah RM 20 juta, tetapi tidak begitu signifikan kerana ia bukan pengecualian yang sebenar tetapi lebih kepada pengecualian had masa untuk memberi respon bayaran dan respon adjudikasi daripada 10 (sepuluh) hari bekerja kepada 30 (tiga puluh) hari kalender. Namun begitu walupun ada pengecuaalian dibawah ktegori ini kerajaan masih terdedah kepada tuntutan dibawah akta ini cuma kelonggaran had masa diberikan untuk mengumpulkan maklumat dan menyediakan dokumen sokongan untuk membolehkan menjawab tuntutan sahaja. Sekiranya fakta kes sememangnya tidak menyebelahi kerajaan maka kerajaan tetap akan kalah dan pegawai yang mengelola projek berkemungkinan besar akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap segala kos tambahan yang tiada didalam bajet.


HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

TANGGUNGJAWAB KERAJAAN SEBAGAI PRINSIPAL



Didalam projek kerajaan, jika sekiranya berlaku perselisihan diantara kontraktor utama dengan subkontraktor domestik dan pembekal domestik maka jika sekiranya kontraktor utama kalah didalam pengadilan adjudikasi dan kemudiannya gagal pula mematuhi keputusan adjudikasi maka pihak yang menang boleh membuat tuntutan terus dari pihak prinsipal iaitu kerajaan. Ini kerana antara remedi yang disediakan oleh akta ini ialah pihak yang memenangi pertikaian dibawah CIPAA dibenarkan untuk menuntut bayaran yang dipertikaikan itu terus daripada prinsipal.

Didalam hal ini kerajaan wajib mematuhi peruntukan dibawah akta ini. Setelah mendapay notis tuntutan dari pihak subkontrator maka kerajaan perlu mengemukan notis untuk mendapatkan bukti pembayaran oleh kontraktor utama terhadap sub kontraktornya. Sekiranya kontraktor utama gagal menunjukkan bukti pembayaran maka kerajaan wajib membuat bayaran bagi pihak kontraktor utama. Namun begitu kewajipan ini hanya terjadi jika sekiranya semasa tuntutan itu dibuat masih ada duit berbaki yang masih boleh dibayar kepada kontraktor utama.

HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)