Tuesday, March 31, 2020

NOTA UNTUK KONTRAKTOR


NOTA AKTA BAYARAN

Satu undang undang baru yang nama singkatannya CIPAA 2012 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan telah mula beroperasi pada 15hb April 2014 yang lalu. Undang undang ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera didalam menangani pertikaian berhubung pembayaran didalam industri pembinaan melalui satu mekanisma yang dipanggil “adjudikasi”. Selain dari prosesnya yang mudah, murah dan cepat, keputusan adjudikasi mengikat kedua dua pihak secara undang undang.

Kini pemain pemain industri binaan terutamanya mereka yang berkontrak  dilapisan bawah seperti  Kontraktor, Subkontraktor dan Pembekal sudah boleh menarik nafas lega kerana bayaran untuk kerja yang telah mereka laksanakan mengikut perjanjian kontrak akan lebih terjamin dan akan diperolehi mengikut terma kontrak yang ditandatangani. Malah bayaran yang masih tertunggak untuk projek projek yang lepas juga sudah boleh dituntut dibawah akta ini. Mana mana bayaran seperti “ final account” yang telah melebihi tempoh yang ditetapkan oleh kontrak dan “wang tahanan” sudah boleh mula dituntut melalui akta ini.

Untuk membuat tuntutan kontraktor mestilah memastikan mereka pertama tamanya mempunyai kontrak yang bertulis. Seterusnya mereka mestilah mempunyai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan. Mereka juga mesti boleh membuktikan sebab sebab tuntutan dibuat mengikut peruntukan kontrak dan peruntukan dibawah akta ini.

Proses dan prosedur tuntutan ini mudah dan ringkas dan boleh dilakukan sendiri oleh kontraktor tanpa melalui peguam. Keseluruhan proses adjudikasi dibawah CIPAA akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan. Untuk kes yang lebih simpel keputusan adjudikasi akan mengambil masa lebih singkat.

Proses dan prosedur tuntutan dimandatkan oleh undang undang dan mestilah mematuhi kehendak akta ini. Untuk memahami bagaimana tuntutan dibawah akta ini boleh dibuat sila hadiri seminar seminar kami diatas tajuk akta bayaran dan adjudikasi industry binaan dan pengurusan kontrak. Keterangan lanjut sila hubungi Minda Wibawa Resources melalui tel 03-51019151 / Hj Ismail Omar 019-3036869.

INFO RINGKAS TENTANG AKTA PEMBAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN (CIPAA)

1.        AKTA CIPAA TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN & TELAH MULA BEROPERASI PADA 15 APRIL 2014

2.        MATLAMATNYA IALAH UNTUK MEMASTIKAN KECEKAPAN ALIRANTUNAI INDUSTRI BINAAN NEGARA

3.        CIPAA ADALAH SATU BENTUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF YANG MENGGUNAKAN PROSES ADJUDIKASI

4.        PROSES ADJUDIKASI LEBIH CEPAT, MUDAH & MURAH BERBANDING TIMBANGTARA & MAHKAMAH. JUSTRU ITU IA AKAN MENJADI PILIHAN UTAMA DIDALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN.

5.        BERBEZA DENGAN PROSES TIMBANGTARA ATAU MAHKAMAH AKTA CIPAA BOLEH DIGUNAKAN BILAMANA WUJUD PERTIKAIAN (BILA BILA MASA SAHAJA) TANPA PERLU MENUNGGU KONTRAK DITAMATKAN ATAU DISIAPKAN

6.        PROSES & PROSEDURNYA DITETAPKAN OLEH UNDANG UNDANG

7.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR MENGIKAT KEDUA DUA PIHAK YANG BERTIKAI SECARA UNDANG UNDANG & SECARA INTERIM

8.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR BOLEH DIKUATKUASAKAN MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG UNDANG DIBAWAH AKTA.

9.     CIPAA MENGATASI TERMA DIDALAM MANA MANA KONTRAK BINAAN

10.     TIADA PELUANG UNTUK BERKONTRAK DILUAR CIPAA

11.     CIPAA MELARANG & MEMBATALKAN “PEMBAYARAN BERSYARAT” (BACK TO BACK PAYMENT, PAY IF PAID, PAY WHEN DRAWDOWN)

12.     CIPAA MENGGALAKKAN PROFESSIONALISM DIKALANGAN PEMAIN INDUSTRI

13.     REMEDI KEPADA PEMENANG –

       BOLEH MEMPERLAHAN / MEMBERHENTIKAN KERJA

       BOLEH MENUNTUT BAYARAN TERADJUDIKASI TERUS DARI PRINSIPAL

       BOLEH MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH

15.      TANGGUNGAN YANG KALAH

       BAYAR AMAUN TERADJUDIKASI
       BAYAR FAEDAH
       BAYAR KOS ADJUDIKASI
       BAYAR KOS PENYEDIAAN TUNTUTAN KEPADA PENUNTUT



HJ ISMAIL BIN OMAR
(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)



CONTEMPORANEOUS RECORD



       ‘Contemporanoues Record’ ialah cacatan rekod yang dibuat tatkala sesuatu peristiwa itu berlaku. Ianya perlu dibuat baik semasa atau selepas sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku.

       Antara perkara terpenting apabila berlaku sesuatu pertikaian dalam urusan pembinaan diantara pelbagai pihak yang berkontrak ialah beban pembuktian. Baik pada pihak yang menuntut begitu juga pada pihak yang ingin menolak sesuatu tuntutan yang dibuat kepadanya.

       Ini adalah kerana merekodkan peristiwa sewaktu semasa ianya berlaku atau selepas sahaja ianya berlaku akan menjadikan rekodnya lebih berintegriti dan berfakta serta dapat mengelakkan dari mudah untuk dipertikaikan.

       Oleh itu mengapa rekod perlu dibuat dengan seberapa detail dan kemas dengan dokumen sokongan saperti gambar. Video dan sebagainya beserta tarikh dan penerangan tentangnya.

       Rekod beserta memo ‘transmittal’ perlu diedarkan dengan seberapa segera kepada pihak yang berkontrak dan pegawai penguasa.

       Ini adalah untuk mengelakkan tatkala berlakunya pertikaian banyak masa serta tenaga yang akan dicurahkan mungkin dari seluruh pasukan untuk mengumpul semula bukti-bukti dari pelbagai perkara untuk memperkukuh dan memperkuatkan tuntutan yang dibuat.

       Pengalaman menunjukkan kes yang berjaya sangat bergantung kepada rekod dan dokumen semasa yang datangnya dari penyimpanan rekod yang berkesan dan sistem yang cekap.

CIPAA UNDANG UNDANG BARU


       Akta CIPAA 2012 adalah merupakan satu undang-undang baru yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 April 2012 yang kemudiannya telah mendapat perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung pada 18 Jun 2012 dan telah diwartakan pada 22 Jun 2012.

       Walaupun tarikh operasinya atas permohonan dari Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah tertangguh hampir dua (2) tahun sehingga 16 April 2014.

       Undang-undang ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera dalam menangani pertikaian yang berhubung bayaran dalam industri pembinaan melalui satu proses yang dipanggil ADJUDIKASI.

       CIPAA 2012 Menurut Akta ialah satu akta untuk memudahkan PEMBAYARAN yang TETAP dan TEPAT pada masanya. Untuk mengadakan satu peruntukan  bagi satu mekanisma bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui Adjudikasi. Untuk mengadakan PERUNTUKAN BAGI REMEDI untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DAN BERSAMPINGAN DENGANNYA.

       Timbang Tara ini yang pada asalnya telah dilaksanakan diBritain pada tahun 1996 telah memberi impak yang sangat positif kepada industri pembinaan Britain bahkan kepada ekonomi Britain sendiri. Diatas sebab itu kemudiannya langkah tersebut telah diikuti oleh negara lain didahului oleh Australia, New Zealand, Singapura sebelum Malaysia.

       Berlatar belakangkan kepada isu-isu yang timbul dalam industri pembinaan boleh dikatakan isu terbesarnya adalah tertumpu dengan isu pembayaran dan yang berhubungan dengannya. Kesan dari isu ini banyak memberi pelbagai masalah yang timbul  terutamanya pihak kontraktor dan konsultan.

       Sebagai jalan keluar yang segera dalam rangka untuk membantu pihak yang terlibat kepada permasalahan tersebut lahirnya undang-undang baru dibawah timbang tara selain dari peruntukan sedia ada saperti ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’.

       Cuma dibawah peruntukan undang-undang ‘Litigation’ dan ‘Arbitration’ tidak dapat membantu pihak yang bermasalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi terutama tentang bayaran dengan kadar yang segera. Ditambah lagi dengan syarat kontrak terlebih dahulu perlu ditamatkan sebelum sebarang ‘proceeding’ dapat dimulakan.

       Atas sebab itu mengapa pengetahuan tentang CIPAA 2012 ini sangat penting difahami oleh mereka yang terlibat dalam industri pembinaan ini saperti kontraktor, konsultan dan juga pembekal bahan binaan dan perkhidmatan. Bahkan oleh pihak majikan (client) saperti jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggung jawab terhadap projek pembinaan, penguat kuasa tempatan (local authority), pemaju dan sebagainya.

       Prospek masa depan dari pelaksanaan CIPAA 2012 ini diharapkan dapat melahirkan suasana iklim industri pembinaan yang sehat dan memberi menafaat yang luas bukan hanya kepada komuniti industry pembinaan tetapi masyarakat seluruhnya serta negara.


FAHAMI KONTRAK SEBELUM TANDATANGAN

Assalammualaikum kepada semua pembaca,

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan maksud kontrak. Kali ini saya akan sambung lagi topik berkaitan kontrak.

Sebagaimana entri yang lepas, kontrak adalah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Perjanjian atau kontrak itu dibuat oleh dua atau lebih pihak yang saling menginginkan ‘kelebihan’ yang dipunyai oleh satu pihak yang lain.

Secara lazimnya, terdapat beberapa perkara yang akan dizahirkan di dalam sesebuah kontrak.

Antara perkara-perkara tersebut adalah termasuk tanggungjawab pihak-pihak yang berkaitan kontrak, hak, tuntutan, remedi, serta menjelaskan peraturan dan syarat-syarat berkaitan kontrak.

Namun saya percaya, ramai antara kita semua masih lagi memandang remeh kepentingan memahami dan membaca kontrak sebelum menandatangani kontrak tersebut.

Suka saya ingatkan bahawa sebelum menandatangani apa-apa kontrak, adalah PENTING untuk anda membaca dan memahami kontrak tersebut sepenuhnya dengan teliti. Tidak salah untuk anda mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami di dalam kontrak tersebut.

Anda perlu selalu ingat bahawa setiap perkara yang tertulis di dalam kontrak dibuat dengan sebab dan mempunyai tujuannya tersendiri. Perkara-perkara yang dibuat di dalam kontrak tidak dibuat sewenang-wenangnya, ianya mungkin berisiko dan selalunya perkara-perkara tersebut tidak menyebelahi anda.

Oleh itu, yang paling penting, BACA dan FAHAMKAN kontrak sebelum menandatanganinya.


Oleh,

Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
31.03.2020


Saturday, March 28, 2020

CIPAA 2012


KUALA LUMPUR, 15 April – Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 11 April 2014, telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kerja Raya, untuk menguatkuasakan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan atau Construction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA) 2012.  CIPAA 2012 ini akan mula berkuatkuasa pada 15 April 2014 selari  dengan perasmian Mahkamah Tinggi Pembinaan Kuala Lumpur dan Shah Alam pada 14 April 2014.

Akta ini akan terpakai kepada semua kontrak kerja pembinaan, pembekalan barangan binaan dan kontrak rundingan pembinaan yang dibuat secara bertulis berhubung dengan kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di  Malaysia termasuklah kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Dengan berkuatkuasanya CIPAA, maka lengkaplah tiga remedi (The Trinity of Remedies) bagi  menyelesaikan pertikaian bayaran dalam rantaian industri pembinaan.

Namun begitu beberapa kategori kontrak pembinaan adalah dikecualikan dari pelaksanaan CIPAA 2012 ini antaranya kontrak dalam kategori keselamatan dan kategori kerja kecemasan.  Namun demikian pengecualian bagi kategori kontrak ini adalah berbentuk sementara iaitu sehingga 31 Disember 2015 agar ianya tidak menjejaskan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-10.

Promosi CIPAA 2012 telah dijalankan secara berfasa oleh KKR dan agensi seliaannya di mana sebanyak 20 roadshow dan taklimat khusus kepada mereka yang terlibat dalam industri pembinaan telah diadakan. Selain itu, Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) sebagai badan adjudikasi CIPAA 2012 juga telah menjalankan lebih dari  30 roadshow  kepada peguam, mahasiswa perundangan, dan mereka yang terlibat dalam rantaian perundangan.

KELEBIHAN MENGHADIRI SEMINAR CIPAA ANJURAN MINDA WIBAWA RESOURCES

           
            Salam sejahtera kepada semua pembaca. Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati kepada yang pernah menghadiri Seminar CIPAA anjuran Minda Wibawa Resources saya ucapkan tahniah dan kepada yang belum pernah anda sangat dialu-alukan untuk menghadiri seminar kami.

              Selain mendapat mata CCD CIDB yang diperlukan untuk pembaharuan lesen CIDB para peserta juga mendapat satu ilmu yang sangat bermanfaat bagi pemain industri pembinaan iaitu Ilmu mengenai Pengurusan & Tuntutan Bayaran Projek (CIPAA).

             Ramai kontraktor di luar sana yang masih tidak tahu apa itu akta CIPAA. Apabila di tanya mereka hanya ternganga. Apa? CIPAA? walhal akta CIPAA sangat penting di dalam membantu kontraktor yang menghadapi masalah tuntutan bayaran projek. Maka adalah sangat beruntung mereka yang menghadiri seminar CIPAA ini lebih-lebih lagi anjuran Minda Wibawa Resources yang telah berkecimpung sejak awal-awal pelaksanaan Akta CIPAA ini.

           Di dalam seminar peserta akan diperkenalkan dengan akta CIPAA ini. Apakah kelebihan proses adjudikasi CIPAA berbanding proses pengadilan biasa mahkamah dan proses arbitrasi. Bagaimana akta CIPAA boleh membantu kontraktor yang menghadapi masalah bayaran ? Apakah remedi kepada pemenang dan tanggungan yang kalah.?

          Para peserta juga akan diajar langkah demi langkah bagaimana membuat tuntutan bayaran melalui proses adjudikasi CIPAA. Para peserta akan diajar cara baca kontrak dengan betul kerana ramai kontraktor yang cuai dalam bab kontrak , tidak baca kontrak betul-betul sehingga mereka mengalami masalah tuntutan bayaran projek. Seminar kami lebih kepada santai-santai dan bersifat dua hala yakni para peserta bebas untuk bertanya soalan dan kalau tiada soalan maka penceramah pula akan bertanya soalan ?

           Selain membuat seminar Minda Wibawa Resources turut menjadi Claim Advisor membantu para kontraktor yang menghadapi masalah bayaran. Lebih 95 kes tuntutan telah dibuat setakat awal tahun 2020 dengan kadar peratusan kemenangan yang tinggi.

          Tuan-tuan dan puan-puan marilah kita bersama-sama memahami akta CIPAA ini kerana ini adalah suatu perjuangan kita bersama menuntut keadilan saudara-saudara kita di luar sana yang dianiaya . Bayaran projek dibayar lambat! Dibayar kurang! Dan lebih menyedihkan lagi langsung tidak bayar .Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu berhimpun beramai-ramai di dataran merdeka tetapi hanya perlu datang beramai-ramai di seminar CIPAA anjuran Minda Wibawa Resources untuk sama-sama kita menuntut keadilan di bawah akta CIPAA.

Terima kasih.
Saufian
Eksekutif Pemasaran
Minda Wibawa Resources                                                                          25/3/2020

KONTRAK







Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Saya percaya ramai di antara kita dalam menjalani kehidupan seharian sering terlibat dengan kontrak. Sama ada kontrak melanggan astro, penapis air mahupun talian telefon namun apabila menandatangani sesuatu perjanjian atau kontrak tidak semua daripada kita betul-betul baca dan faham perjanjian atau kontrak yang kita tandatangani itu.

Saya pasti ramai antara kita yang sering mendengar perkataan ‘kontrak’ itu sendiri. Walau bagaimanapun, saya pasti tidak semua daripada kita tahu dan betul-betul memahami apakah sebenarnya ‘kontrak’.

Oleh itu, hari ini saya akan mengupas berkenaan tajuk kontrak.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kontrak bermaksud:-

“Perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll)”

Seterusnya menurut Macmillan English Dictionary, kontrak (contract) didefinisikan sebagai:-

“A written legal agreement between two people or businesses that says what each must do for the other or give to the other”

Manakala menurut Oxford, Dictionary of Law, kontrak (contract) bermaksud:-

“ A legally binding agreement”.

Menurut Sundra Rajoo dan Harbans Singh KS dalam buku Construction Law in Malaysia, kontrak didefinisikan sebagai:-

“A set of promises”

Berdasarkan definisi di atas, kesimpulan yang boleh dibuat secara dasarnya, kontrak adalah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Perjanjian ini mestilah boleh dikuatkuasakan bagi memastikan kepentingan setiap pihak terpelihara sekiranya berlaku pertikaian pada masa depan.

Perjanjian itu hendaklah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Contoh mudah untuk membezakan sama ada perjanjian itu adalah kontrak atau tidak adalah seperti situasi di bawah ini:-

Situasi A:  Suami A berjanji akan membawa A bercuti ke London apabila beliau dapat bonus hujung tahun.

Apabila tiba hujung tahun, Suami A tidak dapat bonus, dan beliau tidak dapat membawa A ke London.

Situasi B: Kawan B meminta untuk meminjam wang sebanyak RM4000 daripada B. Kawan B berjanji akan membayarnya dalam tempoh 3 bulan. Sebelum menyerahkan wang tersebut, B telah meminta kawannya untuk menandatangani perjanjian di mana terma-terma dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh kedua-duannya.


Berdasarkan situasi A dan B di atas, situasi manakah terdapat kontrak antara mereka?

Situasi A tidak terdapat unsur kontark dalam perjanjian tersebut. Hal ini kerana perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Manakala dalam situasi B, perjanjian yang dibuat oleh B dan kawannya adalah kontrak yang mana sekiranya kawan B ingkar membuat pembayaran balik B boleh mengambil tindakan undang-undang terdapat kawannya itu.



Oleh,


Zaiyanazareth Binti Zaini
Peguamcara & Peguambela
Tetuan Zaiyanazareth & Associates
Shah Alam, Selangor
27.03.2020